Tuesday 21 June 2011

Bila Resah

sAlam kusapa buat kalian semua.
tErasa seperti ingin ku lukis sebuah puisi indah dengan kata - kata.
kuharapkan kata -  kata ini bukan kata - kata nista walaupun aku sedar aku bukan seorang pujangga.
lama sudah tidak aku coretkan isi hati dengan penuh lenggok bahasa menyapa.
mungkin urbanisasi dan modenisasi cuba mengalih melodi aku berbicara.
namun, bila resah suka untuk aku nyayikan lagu indah.
menerpa ke hati tertanam di lubuk sanubari.
resah ini umpama racun kerana mampu membunuh.
membunuh rasa dan mengkafankan tawa.
senyum sudah tidak bermakna seolah lukisan tanpa warna.
resah bukan seperti ranting kerana resah tidak terpaut di dahan.
resah buat hati bergelora dalam ombak perasaan duka.
mohon aku diberi kekuatan untuk buang resah yang berkelana di hati.
agar gundah yang singgah tanpa diundang mampu pergi tanpa diusir.
biar resah lupus pupus supaya senyum terukir dari hati bukan hanya mainan mimpi.

No comments:

Post a Comment